Hans Fritzsche
Hans Fritzsche | |
---|---|
di perbicaraan Nuremberg | |
Butiran peribadi | |
Lahir | 21 April 1900 (1900-04-21) Bochum, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 27 September 1953(1953-09-27) (umur 53) Cologne, Jerman Barat |
Kerakyatan | Jerman |
Parti politik | Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP) |
Pasangan | Hildegard Fritzsche |
Pekerjaan | Ministerialdirektor di Kementerian Penerangan Awam dan Propaganda Reich |
Profesion | Wartawan |
Hans Georg Fritzsche (21 April 1900 – 27 September 1953) adalah seorang pegawai kanan Nazi Jerman, mengakhiri perang sebagai Ministerialdirektor di Propagandaministerium. Beliau turut berada didalam Führerbunker Berlin semasa hari-hari terakhir Adolf Hitler. Selepas kematian Hitler, beliau pergi ke garisan Soviet di Berlin untuk menawarkan penyerahan kalah kotaraya itu kepada Tentera Merah pada 1 Mei 1945. Beliau telah dijadikan tawanan oleh askar Rusia, dan dihantar ke Nuremberg, dibicarakan oleh Tribunal Tentera Antarabangsa atas tuduhan konspirasi melakukan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Beliau adalah salah seorang daripada hanya tiga defendan yang dibebaskan di Nuremberg (bersama dengan Hjalmar Schacht dan Franz von Papen).[1]
Rujukan
- ^ Fritzsche case for the defence at Nuremberg trials Diarkibkan 2017-12-29 di Wayback Machine (Sepanyol)
Pautan luar
- Petikan akbar mengenai Hans Fritzsche di 20th Century Press Archives daripada ZBW