Kuprum(II) sulfat

Kuprum(II) sulfat
Kristal CuSO4·5H2O
Tabung uji berisi terusi anhidrat
Model bola-kayu CuSO4
Model kerangka CuSO4
Nama
Nama IUPAC
Kuprum(II) sulfat
Nama lain
Tembaga(II) sulfat
Kuprik sulfat
Terusi
Vitriol biru (pentahidrat)
Batu biru (pentahidrat)
Kalkantit (mineral pentahidrat)
Kalkosianit (mineral)
Pengecam
No. Pendaftaran CAS
  • 7758-98-7 ☑Y
Imej model 3D Jmol
  • Imej berinteraktif
ChEBI
  • CHEBI:23414 ☑Y
ChEMBL
  • ChEMBL604 ☑Y
ChemSpider
  • 22870 ☑Y
ECHA InfoCard 100.028.952
Nombor EC
  • 231-847-6
KEGG
  • C18713 ☑Y
PubChem CID
  • 24462
Nombor RTECS
  • GL8800000 (anhydrous)
    GL8900000 (pentahidrat)
UNII
  • KUW2Q3U1VV ☑Y
CompTox Dashboard (EPA)
  • DTXSID6034479 Sunting ini di Wikidata
InChI
  • InChI=1S/Cu.H2O4S/c;1-5(2,3)4/h;(H2,1,2,3,4)/q+2;/p-2 ☑Y
    Key: ARUVKPQLZAKDPS-UHFFFAOYSA-L ☑Y
  • InChI=1/Cu.H2O4S/c;1-5(2,3)4/h;(H2,1,2,3,4)/q+2;/p-2
    Key: ARUVKPQLZAKDPS-NUQVWONBAI
SMILES
  • [O-]S(=O)(=O)[O-].[Cu+2]
Sifat
Formula kimia
CuSO4
Jisim molar 159.62 g/mol (anhidrat)
249.70 g/mol (pentahidrat)
Rupa bentuk biru (pentahidrat)
kelabu keputihan (anhidrat)
Ketumpatan 3.603 g/cm3 (anhidrat)
2.284 g/cm3 (pentahidrat)
Takat lebur 110 °C (·4H2O)
150 °C (423 K) (·5H2O)
< 650 °C decomp.
Keterlarutan dalam air
pentahidrat
316 g/L (0 °C)
2033 g/L (100 °C)
form unspecified
320 g/L (20 °C)
618 g/L (60 °C)
1140 g/L (100 °C)
Keterlarutan anhidrat
tidak bercampur pada etanol
pentahidrat
bercampur di metanol
10.4 g/L (18 °C)
tidak bercampur di etanol
1.514 (pentahidrat)
Struktur
Struktur kristal Ortorombik (chalcocyanite), space group Pnma, oP24, a = 0.839 nm, b = 0.669 nm, c = 0.483 nm[1]
Triclinic (pentahidrat), space group P1, aP22, a = 0.5986 nm, b = 0.6141 nm, c = 1.0736 nm, α = 77.333°, β = 82.267°, γ = 72.567°[2]
Termokimia
Entropi molar
piawai So298
109.05 J K−1 mol−1
Bahaya
Pengelasan EU {{{value}}}
Frasa R R22, Templat:R36/38, Templat:R50/53
Frasa S Templat:S2, Templat:S22, Templat:S60, S61
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 0: Tidak terbakar. Cth, airKesihatan kod 2: Kuat atau berterusan tetapi bukan pendedahan kronik mungkin menyebabkan hilang upaya sementara atau kemungkinan kecederaan sisa. Cth, kloroformKereaktifan kod 1: Biasanya stabil, tetapi boleh menjadi tidak stabil pada suhu dan tekanan yang tinggi. Cth, kalsiumBahaya khas (putih): tiada kod
0
2
1
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
300 mg/kg (oral, rat)
87 mg/kg (oral, mouse)
470 mg/kg (oral, mammal)
Sebatian berkaitan
Kation lain
Kuprum(I) sulfat
Nikel(II) sulfat
Zink sulfat
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu: ☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Kuprum(II) sulfat atau terusi (Jawi: تروسيcode: ms is deprecated [3] atau ترشي‎, dari Parsi: ترش‎, rumi: tursycode: fa is deprecated "masam" melalui Tamil: துருசிcode: ta is deprecated turuci[4]) ialah sebatian garam yang biasa bagi kuprum dengan formula CuSO4. Kuprum(II) sulfat wujud dalam satu siri sebatian-sebatian yang berbeza-beza dari segi darjah penghidratannya. Kuprum(II) sulfat kontang berbentuk serbuk, manakala kuprum(II) sulfat terhidrat berwarna biru terang.

Penyediaan

Oleh sebab ia terdapat secara komersil, kuprum sulfat biasanya dibeli, dan tidak disediakan di makmal. Ia dihasilkan melalui tindak balas asid sulfurik dengan bermacam-macam jenis sebatian kuprum(II), seperti kuprum(II) oksida dan kuprum(II) karbonat. Tindak balas sedemikian biasanya dianggap sebagai tindak balas asid dan bes.

Kebanyakan kuprum sulfat wujud dalam alam semulajadi dalam bentuk pentahidrat (CuSO4 · 5H2O). Mineral ini dikenali sebagai kalkantit. Kuprum(II) sulfat mengurai sebelum melebur. Bentuk pentahidrat yang lazim ternyahhidrat, iaitu kehilangan empat molekul airnya pada 110 °C dan kelima-lima molekul air pada 150 °C. Pada 650 °C, kuprum(II) sulfat mengurai menjadi kuprum(II) oksida (CuO), sulfur dioksida (SO2) dan oksigen (O2).

Penggunaan

Dalam perindustrian

Hablur kuprum(II) sulfat dibesarkan mikroskopi pada 100x

Ia boleh digunakan dalam penyaduran logam bersama kuprum, sebagai racun kulat atau racun herba, atau untuk ujian kimia bagi air (bentuk kontangnya akan menyerap air dan bertukar menjadi biru). Apabila dicampurkan dengan kapur, ia dinamakan larutan Bordeaux. Ia juga digunakan dalam larutan Fehling untuk ujian gula penurun, iaitu gula penurun akan menurunkan ion Cu2+ak biru kepada kuprum(I) oksida merah. Penggunaan-penggunaan lain termasuklah pewarna rambut dan pemprosesan barangan kulit dan tekstil.

Kuprum sulfat juga digunakan untuk menguji darah bagi mengesan anemia. Setitik darah pesakit dititiskan ke dalam bekas yang mengandungi kuprum sulfat, dan jikalau ia tenggelam pada masa-masa yang tertentu, maka pesakit mempunyai tahap hemoglobin yang mencukupi dan tidak menghidapi anemia. Jika titisan darah terapung atau tenggelam dengan sangat perlahan, maka pesakit adalah kekurangan besi dan berkemungkinan menghidapi anemia.

Dalam ujian nyala, ion kuprum memancarkan cahaya hijau-kebiruan gelap, lebih kebiruan daripada ujian nyala bagi barium.

Kuprum(II) sulfat juga sejenis bahan pengering.

Apabila dihangatkan dalam nyalaan terbuka, hablur kuprum(II) sulfat akan terhidrat dan bertukar menjadi putih kekelabuan.

Kuprum sulfat biasanya antara bahan-bahan kimia yang dimasukkan dalam set kimia kanak-kanak dan selalunya digunakan dalam eksperimen-eksperimen pertumbuhan hablur dan penyaduran kuprum semasa sekolah menengah.

Serbuk anhidrat CuSO4

Dalam perubatan

Bahan ini pernah digunakan secara tradisi dalam perubatan lama Melayu untuk merawat sakit puru,[3][5] kurap,[5] sakit selepas bersalin,[5] serta "sakit gigi yang berulat".[6]

Keselamatan

Walaupun kuprum penting bagi kebanyakan organisma hidup, akan tetapi kuprum(II) sulfat adalah beracun.

Rujukan

  1. ^ Kokkoros, P. A.; Rentzeperis, P. J. (1958). "The crystal structure of the anhydrous sulphates of copper and zinc". Acta Crystallographica. 11 (5): 361–364. doi:10.1107/S0365110X58000955.
  2. ^ Bacon G.E. and Titterton D.H. (1975). "Neutron-diffraction studies of CuSO4· 5H2O and CuSO4· 5D2O". Z. Kristallogr. 141 (5–6): 330–341. doi:10.1524/zkri.1975.141.5-6.330.
  3. ^ a b "terusi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  4. ^ Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 81.
  5. ^ a b c A. Samad Ahmad (1982). Warisan Perubatan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia. m/s. 98, 105, 121.
  6. ^ Werner, Roland. Medicines in Malay Villages. University of Malaya Press. m/s. 316.

Pautan luar

  • International Chemical Safety Card 0751 (kontang)
  • International Chemical Safety Card 1416 (pentahidrat)
  • National Pollutant Inventory - Copper and compounds fact sheet
  • UNCP Copper Diarkibkan 2008-09-29 di Wayback Machine

Templat:Sebatian kuprum

  • l
  • b
  • s
Sebatian sulfat
H
2
SO
4
He
Li
2
SO
4
BeSO
4
B
2
S
2
O
9

-BO3
+BO3
ester
ROSO
3

(RO)
2
SO
2

+CO3
+C2O4
(NH
4
)
2
SO
4

[N
2
H
5
]HSO
4

(NH
3
OH)
2
SO
4

NOHSO4
+NO3
HOSO4 +F Ne
Na2SO4
NaHSO4
MgSO4 Al2(SO4)3
Al2SO4(OAc)4
Si +PO4 SO2−
4

HSO3HSO4
(HSO4)2
+SO3
+Cl Ar
K2SO4
KHSO4
CaSO4 Sc2(SO4)3 TiOSO4 VSO4
V2(SO4)3
VOSO4
CrSO4
Cr2(SO4)3
MnSO4 FeSO4
Fe2(SO4)3
CoSO4
Co2(SO4)3
NiSO4
Ni2(SO4)3
CuSO4
Cu2SO4
[Cu(NH3)4(H2O)]SO4
ZnSO4 Ga2(SO4)3 Ge As +SeO3 Br Kr
RbHSO4
Rb2SO4
SrSO4 Y2(SO4)3 Zr(SO4)2 Nb MoSO4
Mo2(SO4)3
Mo(SO4)2
Mo(SO4)3
Tc Ru(SO4)2 RhSO4
Rh2(SO4)3
PdSO4 Ag2SO4
AgSO4
CdSO4 In2(SO4)3 SnSO4
Sn(SO4)2
Sb2(SO4)3 Te I Xe
Cs2SO4
CsHSO4
BaSO4   Lu2(SO4)3 Hf Ta W Re OsSO4
Os2(SO4)3
Os(SO4)2
IrSO4
Ir2(SO4)3
PtSO4
Pt(SO4)2
AuSO4
Au2(SO4)3
Hg2SO4
HgSO4
Tl2SO4
Tl2(SO4)3
PbSO4
Pb(SO4)2
Bi2(SO4)3 PoSO4
Po(SO4)2
At Rn
Fr RaSO4   Lr Rf Db Sg Bh Hs Mt Ds Rg Cn Nh Fl Mc Lv Ts Og
La2(SO4)3 Ce2(SO4)3
Ce(SO4)2
Pr2(SO4)3 Nd2(SO4)3 Pm2(SO4)3 Sm2(SO4)3 EuSO4
Eu2(SO4)3
Gd2(SO4)3 Tb2(SO4)3 Dy2(SO4)3 Ho2(SO4)3 Er2(SO4)3 Tm2(SO4)3 Yb2(SO4)3
Ac2(SO4)3 Th(SO4)2 Pa U2(SO4)3
U(SO4)2
UO2SO4
Np(SO4)2 Pu(SO4)2 Am2(SO4)3 Cm2(SO4)3 Bk Cf2(SO4)3 Es Fm Md No